Candra Kirana

hy smua… lewat blog ini w mau berbagi pengetahuan sama kalian semua… semoga pengetahuan yang saya bagikan di blog ini, bermanfaat bwat kalian.. ^.^

MENGENAL GALAKSI

Galaksi adalah gabungan berbilion bintang. (Bintang ialah objek-objek angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukan bintang). Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.

Sekarang berhenti dan fikirkan seketika: Apa artinya jumlah satu bilion kepada kamu? Contohnya, jika kamu meletakkan dua sifar selepas angka satu, ia akan menjadi 100. Jika kamu menambahkan satu lagi sifar kepada angka ini, ia akan menjadi 1,000. Tambah satu lagi sifar dan sekarang kamu mendapat 10,000 (sepuluh ribu). Bolehkah kamu mengira sehingga 10,000? Mungkin kamu boleh melakukannya, tetapi ia mengambil masa yang panjang. Sedangkan kita masih belum sampai ke angka satu bilion. Kemudian kita tambahkan dua sifar kepada angka 10,000. Sekarang kita mendapat 1,000,000 (satu juta). Kita masih tidak mencapai angka bintang-bintang di galaksi. Tetapi jika kamu menambah tiga lagi sifar pada angka 1,000,000, kamu akan mendapat 1,000,000,000 (satu bilion). Bolehkah kamu mengira sehingga 1,000,000,000? Biar kita menjawab soalan ini; mengira satu bilion memakan masa selama beberapa dekad, satu dekad ialah sepuluh tahun.

Sekarang kita hampir mencapai angka bintang-bintang di galaksi. Jika kamu menambahkan dua lagi sifar selepas angka 1,000,000,000, ia menjadi 100,000,000,000 (seratus bilion). Ia adalah jumlah bintang-bintang di dalam galaksi-galaksi kecil.

Sekarang sudahkah kamu mendapat gambaran tentang cakerawala ini. Jika kamu menghabiskan seluruh masa kamu mengira, kamu masih gagal mengira semua bintang-bintang di angkasa. Allah, Pencipta alam ini, telah menjadikan angkasa tidak terbatas yang tidak dapat kamu bayangkan, dan Dia mengawal setiap titik cakerawala yang besar ini setiap masa. Allah mengetahui dan melihat setiap hidupan di dalam cakerawala yang besar ini, dan segala apa yang berlaku. Kuasa tidak terbatas Allah ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:

… dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap- tiap sesuatu. (Surah Ali ‘Imran:29)

Sekarang mari kita kembali kepada topik kita dan cuba mempelajari lebih banyak tentang galaksi.

Di dalam galaksi-galaksi bersaiz sederhana atau besar, terdapat satu pusat galaksi. Sekeliling pusat galaksi ini adalah tangan-tangan yang berputar pada kelajuan yang besar. Tangan-tangan ini terdiri daripada bintang-bintang, gas dan awan-awan debu.

Dengan tangan-tangan dan pusatnya, galaksi-galaksi adalah objek angkasa terbesar di angkasa. Kelompok-kelompok galaksi ini juga membentuk kelompok-kelompok objek angkasa yang lain. Terdapat beratus-ratus galaksi di dalam satu kelompok galaksi. Tambahan pula, kelompok-kelompok galaksi ini membentuk kelompok-kelompok objek angkasa lain. Kelompok galaksi ini makin membesar dan terus membesar.

Sekarang mari kita senaraikan kembali apa yang telah kita perhatikan setakat ini:

  • Galaksi adalah himpunan berbilion, malah bertrilion bintang-bintang.
  • Galaksi-galaksi yang besar dan sederhana mempunyai pusat galaksi.
  • Galaksi mempunyai tangan-tangan terdiri daripada bintang-bintang, gas dan awan-awan debu. Tangan-tangan ini berputar keliling pusat galaksi pada kelajuan yang tinggi.
  • Galaksi-galaksi berkumpul untuk membentuk kelompok galaksi. Kadangkala, terdapat beratus-ratus galaksi di dalam satu kelompok galaksi. Kelompok-kelompok galaksi ini juga berkumpul di dalam himpunan kelompok.

Simpan di dalam fikiran kamu, sebuah galaksi yang terkumpul daripada 100 bilion bintang-bintang adalah sebuah galaksi kecil, jangan lupa setiap bintang adalah sekurang-kurangnya sebesar matahari. Tambahan pula, terdapat planet-planet besar dan kecil seperti Bumi kita yang berputar mengelilingi semua bintang-bintang ini.

Sekarang, fikirkan perkara berikut: Bolehkah berbilion-bilion bintang dapat berkumpul secara kebetulan di dalam keadaan yang tersusun? Bolehkah bintang-bintang ini secara spontan mengadakan satu aturan yang membolehkan mereka bergerak tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain (contohnya Bumi kita dan planet-planet lain)?

Sudah tentu mustahil. Ini bererti bahawa bintang-bintang yang berputar dengan kelajuan yang tinggi tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain sejak mula kewujudannya adalah satu petanda kewujudan Allah: Pencipta, Perancang, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam. Allah telah menjadikan banyak laluan untuk planet-planet, bintang-bintang dan komet-komet di angkasa. Semua objek-objek angkasa ini mengikut laluan mereka sendiri tanpa berlanggar dengan yang lain.

Bimasakti

Bimasakti adalah nama bagi galaksi di mana terletaknya Bumi kita. Galaksi Bimasakti amat besar. Seperti galaksi-galaksi besar yang lain, Bimasakti juga mempunyai pusat galaksi. Sudah tentu kamu masih ingat apa itu pusat galaksi kerana kita baru sahaja membincangkannya di bahagian lepas. Bintang-bintang di dalam pusat-pusat ini adalah bintang-bintang tua; mereka berwarna merah atau kuning. Bintang-bintang pada tangan-tangan galaksi ini selalunya adalah bintang-bintang biru yang muda dan panas. Gas dan awan-awan debu terdapat di dalam tangan-tangan ini.

Bimasakti berbentuk pusar; sebenarnya bentuk galaksi ini adalah seperti “roda pin”. Iaitu, ia mempunyai tangan-tangan pada pusatnya yang keluar ke arah bahagian luar. Terdapat empat tangan. Atau dikenali sebagai “Tangan Pemburu” (Hunter Arms). Kumpulan planet yang dikenali sebagai “Sistem Surya” terletak pada tangan ini, dan Bumi kita adalah satu daripada planet-planet di dalam kumpulan ini.

Sistem Surya kita terletak sedikit agak jauh daripada pusat galaksi ini. Matahari (dan sistem Surya kita) mengelilingi pusat galaksi ini, dan menyempurnakan satu putaran setiap 220 juta tahun atau lebih.

Bimasakti ini telah mengekalkan bentuk dan pergerakannya selama berbilion-bilion tahun. Walaupun bintang-bintang di dalamnya beredar dengan kelajuan yang hebat, mereka memelihara laluan mereka sendiri.

Bagaimana pun, mustahil bagi bintang-bintang ini untuk membentuk bentuk-bentuk seperti ini dengan sendiri. Mustahil juga untuk mereka mencapai persepakatan; untuk beratur dengan cara yang paling tepat dan bergerak dengan cara paling tersusun. Tidak mungkin juga undang-undang yang mengatur bintang-bintang ini membentuk dengan sendirinya. Fikirkan tentang batu-batu di taman kamu! Bolehkah batu-batu ini membuat keputusan dan berkata, “Biar sebahagian daripada kita membentuk bahagian pusat dan yang lain mengambil posisi di bahagian tangan, dan kemudian berpusing di dalam taman secara berterusan”? Apakah kamu akan percaya seorang yang menyatakan telah mendengar batu-batu bercakap sesama mereka dengan cara ini? Sudah tentu tidak. Begitu juga, jika menyatakan Bimasakti ini wujud secara kebetulan dan bintang-bintang bergerak dengan sendirinya, ia amat lucu seperti contoh batu-batu di taman. Jangan lupa, objek-objek angkasa ini bukan benda hidup, ia benda tidak bernyawa seperti batu-batu di taman.

Tidak ada kuasa lain selain daripada Allah yang berupaya menjadikan berbilion-bilion bintang gergasi di dalam cakerawala yang teratur ini. Allah menjadikan mereka dan undang-undang yang mengawal mereka. Mereka semua bersaksi dengan kekuasaan dan pentadbiran Allah ke seluruh alam semesta ini. Kerana itu, setiap cebis maklumat yang kita pelajari tentang alam ini mengingatkan kita kepada kewujudan Allah dan penciptaannya. Dengan cara ini, Allah juga menunjukkan kepada kita kebijaksanaan dan pengetahuan-Nya.

Filed under: Astronomi, Tata Surya, ,

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Awali dengan bismillah.. ^_^

Religious Myspace Comments
Hello! Myspace Comments
Friends Myspace Comments
Zodiac Myspace Comments

Kalender

Oktober 2010
S S R K J S M
    Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Masukkan alamat surat elektronik Anda untuk mengikuti blog ini dan menerima pemberitahuan tentang tulisan baru melalui surat elektronik.

Bergabunglah dengan 3 pengikut lainnya

Tentang

Thank You Myspace Comments
Broken Heart Myspace Comments